Salam dari meja Hakiki....

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas semua nikmat dan kurniaNya. Kita memujiNya, memohon pertolonganNya dan memohon petunjuk dariNya serta berlindung dari keburukan amalan kita. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, keluarga, sahabat, dan orang-orang yang mengikut petunjuk baginda.
“Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu...” (Surah Al-A’raf, ayat 180).
Asmaul Husna adalah nama-nama Allah yang indah dan sangat istimewa sehinggakan ia masih menjadi perbahasan sejak dahulu sehinggalah kini. Malah, sesiapa yang menghafalnya akan memperoleh fadhilatnya.
Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah memiliki 99 nama. Barangsiapa menjaganya, akan masuk syurga.” (HR Muttafaqun ‘Alaih).
Malah, Allah SWT juga berfirman di dalam kitab Al-Quran:
“Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu...” (Surah Al-A’raaf, ayat 180).
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Serulah nama ‘Allah’ atau nama ‘Ar-Rahman’, yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia.” (Surah Al-Isra’, ayat 110).
Oleh itu, sentiasalah menyebut nama-nama indah Tuhan Yang Maha Menciptakan kita. Mudah-mudahan, kita akan termasuk dalam golongan yang dijanjikan syurga. Amin

0 comments:

Post a Comment