Hakiki Bil 2


Antara Yang Menarik:

  • 3000 NAMA ALLAH
  • ISTERI UMPAMA KEBUN
  • HUKUM KHATAN WANITA
  • BENIH PERTAMA MANUSIA
  • SIDRATUL MUNTAHA BERADA DI LANGIT?
  • TINGGALKAN KATOLIK UNTUK ISLAM

Hakiki Bil 1

Antara artikel menarik;
  • PINTU SYURGA MANA ANDA AKAN MASUK?
  • KISAH PERANG SALIB-UMAT ISLAM MENGHADAPI KAUM NASRANI DAN MONGOL
  • SISI KEMANUSIAAN NABI MUHAMMAD S.A.W
  • PERGINYA SEORANG WANITA AHLI IBADAH
  • BERIMAN DENGAN RASA TAKUT
  • GELISAH MENCARI JALAN TUHAN

Kemunculan....

Hakiki ialah sebuah tabloid yang berunsurkan KeIslaman di mana isi kandungannya lebih menyentuh tentang hal-hal agama Islam. Dari kisah-kisah Nabi hingga ke permasalahan dunia Islam hari ini, kami cuba membawa anda bahan-bahan bacaan dan juga artikel-artikel menarik setiap minggu buat santapan minda rohani anda. Jangan ketinggalan...dapatkan naskah anda hari ini...

Salam dari meja Hakiki....

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas semua nikmat dan kurniaNya. Kita memujiNya, memohon pertolonganNya dan memohon petunjuk dariNya serta berlindung dari keburukan amalan kita. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, keluarga, sahabat, dan orang-orang yang mengikut petunjuk baginda.
“Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu...” (Surah Al-A’raf, ayat 180).
Asmaul Husna adalah nama-nama Allah yang indah dan sangat istimewa sehinggakan ia masih menjadi perbahasan sejak dahulu sehinggalah kini. Malah, sesiapa yang menghafalnya akan memperoleh fadhilatnya.
Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah memiliki 99 nama. Barangsiapa menjaganya, akan masuk syurga.” (HR Muttafaqun ‘Alaih).
Malah, Allah SWT juga berfirman di dalam kitab Al-Quran:
“Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu...” (Surah Al-A’raaf, ayat 180).
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Serulah nama ‘Allah’ atau nama ‘Ar-Rahman’, yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia.” (Surah Al-Isra’, ayat 110).
Oleh itu, sentiasalah menyebut nama-nama indah Tuhan Yang Maha Menciptakan kita. Mudah-mudahan, kita akan termasuk dalam golongan yang dijanjikan syurga. Amin